Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Dia sgt ketakutan dan terdesak nak jadi PM..” Pendedahan Zahid Hamidi terhadap Muhyiddin buat ramai terkejut


“Dia sgt ketakutan dan terdesak nak jadi PM..” Pendedahan Zahid Hamidi terhadap Muhyiddin buat ramai terkejut

Berita Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) sememangnya menjadi bualan hangat ramai.

Mana tidaknya, mereka tidak sebulu dengan senarai kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

              

“Mahiaddin menuduh pembentukan kerajaan dan kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

          

“Mahiaddin lupa kuasa perlantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, senarai Kabinet yang dipersembahkan turut mendapat perkenanan Al-Sultan Abdullah sebelum diumumkan oleh Anwar tempoh hari.

Lantaran itu, beliau menyantakan tindakan Muhyiddin mempertikaikan segala perlantikan dilihat sesuatu yang tidak menhormati keputusan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Mahiaddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti atau individu.

“Bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong,”ujarnya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Sementara itu, Zahid Hamidi mmeinta agar Muhyiddin dan sekutunya belajar menjadi pembangkang yang berwibawa serta belajar menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Kerajaan ini bukan kerajaan Pakatan Harapan, akan tetapi ialah Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu,”jelasnya.

Terdahulu, Muhyiddin menyifatkan Anwar telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti dijaja semasa kempen pilihan raya apabila melantik kleptokrat menganggotai kabinet.

Katanya, ia adalah sejarah terburuk buat negara apabila seorang yang telah dipanggil membela terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik menggangotai Kabinet.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi