Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia


BAPA kepada penagcara dan penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail meninggal dunia pada usia 71 tahun di Hospital Serdang sekitar pukul 2 petang, Jumaat akibat komplikasi jantung.

Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh pengurus Nabil yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu.

“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

“Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk.

“Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah,” katanya kepada mStar.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.

Sementara itu, netizen turut mengucapkan takziah kepada Nabil atas pemergian bapa tersayang.

Rata-rata mereka mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.