Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

JUARA GEGARVAGANZA ADALAH JACKLYN VICTOR DAN INI KEPUTUSAN PENUH GEGAR VAGANZA 9.

JUARA GEGARVAGANZA ADALAH JACKLYN VICTOR DAN INI KEPUTUSAN PENUH GEGAR VAGANZA 9.

Enam finalis Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang terdiri daripada 6 peserta iaitu 5 orang peserta solo dan 1 kumpulan berentap di konsert akhir (final) Gegar Vaganza 2022 bagi merebut gelaran juara

Konsert akhir Gegar Vaganza 2022 berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan siaran serentak di Ria HD (104) bermula jam 9 malam pada hari Ahad, 27 November 2022 Pada konsert final Gegar Vaganza 2022, enam finalis telah membuat tugasan akhir dengan menyanyikan 2 buah lagu solo dan juga Battle yang telah diberikan kepada mereka

Keputusan Dan Juara Gegar Vaganza 2022 Konsert Final

Pentas akhir musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9) menyaksikan penyanyi, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara. Jaclyn Victor telah berjaya membawa pulang wang tunai RM100k dan

Di pentas akhir, kesemua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu di pusingan pertama dan dua buah lagu di pusingan battle. Jaclyn Victor telah membawakan lagu ‘Its All Coming Back To Me Now’ dan ‘This Is Me’ untuk pusingan pertama manakala, lagu ‘The Real Slim Shady’ dan ‘Sang Saka Biru’ bersama kumpulan VE bagi pusingan battle.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Bob dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan Piala Gegar Vaganza.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Shila Amzah serta Tomok dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan RM20,000 serta Piala Gegar Vaganza.

Bagi peserta lain, VE dan Hazrul Nizam masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam yang membawa pulang duit sebanyak RM15,000 dan RM10,000 bersama Piala Gegar Vaganza.

Pentas akhir GV9 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Edry Abdul Halim. GV9 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein bersiaran secara langsung dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 11 minggu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.