Guru potong tudung pelajar dikecam netizen

"Guru tu hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru disiplin tak perlu nak kecam-kecam. Dah peraturan pemakaian sekolah macam tu kena la ikut"



Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang guru menjalankan tanggungjawabnya memotong lebihan kain tudung pelajar yang tidak mengikut peraturan sekolah.

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon dalam kalangan warganet. 

Ramai yang mengecam tindakan guru memotong tudung pelajar dan ada yang mempertahankan tindakan guru tersebut yang didakwa hanya menjalankan tanggungjawabnya dalam mendisiplinkan pelajar.

"Seeloknya bagi lah amaran dulu"

"Peraturan pemakaian di sekolah kena lah patuh"

"Guru tu hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru disiplin tak perlu nak kecam-kecam. Dah peraturan pemakaian sekolah macam tu kena la ikut"