“Cuba bincang baik2 dengan suami” Belum Sampai Setahun Umur Perkahwinan,Wany Hasrita Terpaksa Hadap Sesuatu Yang Ramai Pasangan Tak Sanggup Hadapi. Ini Luahan Hati Wany Hasrita Buat Ramai Simpati.
“Cuba bincang baik2 dengan suami” Belum Sampai Setahun Umur Perkahwinan,Wany Hasrita Terpaksa Hadap Sesuatu Yang Ramai Pasangan Tak Sanggup Hadapi. Ini Luahan Hati Wany Hasrita Buat Ramai Simpati..
“Cuba bincang baik2 dengan suami” Belum Sampai Setahun Umur Perkahwinan,Wany Hasrita Terpaksa Hadap Sesuatu Yang Ramai Pasangan Tak Sanggup Hadapi. Ini Luahan Hati Wany Hasrita Buat Ramai Simpati..
Penyanyi Wany Hasrita memberitahu dia masih menyesuaikan diri sebagai isteri apabila terpaksa berjauhan bersama suaminya, Mohd Al-Adib.
Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata kini dia dan suami menjalani rutin biasa semula selepas satu bulan bercuti malah Wany juga sudah dua kali balik ke Kuching, Sarawak untuk bertemu suaminya.
“Sekarang, saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri kerana kami PJJ. Lagi pula, sesudah cuti sebulan selepas majlis perkahwinan itu, kini kami perlu kembali bekerja semula dengan saya di Kuala Lumpur dan suami pula di Kuching, Sarawak.
“Tak dinafikan, selepas berkahwin, situasi kehidupan memang berubah apabila saya perlu membahagikan perancangan antara kerjaya dan urusan rumah tangga sebaik-baiknya. Malah, diakui keutamaan saya kini lebih kepada rumah tanggalah.
“Alhamdulillah, suami saya faham dengan keadaan kami yang terpaksa berjauhan sekarang kerana komitmen masing-masing. Buat masa ini, kami juga akan selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Kuching,” katanya.
Wany juga mengakui dia terpaksa menanggung rindu apabila terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, pelantun lagu Pedas itu berkata dia dan suaminya sudah memikirkan perkara tersebut sebelum mendirikan rumah tangga lagi.
“Apapun, sampai masa apabila semua komitmen saya di sini sudah selesai sepenuhnya dan nak ‘settle down’ dengan kerja serta ada anak, saya akan berpindah juga ke Kuching, mengikut suami. Tapi, bukanlah dalam waktu terdekat ini.
“Banyak perkara yang saya kena uruskan lagi, dan sekarang kami akan terus dengan kehidupan PJJ ini. Bahkan, kami pun okey menjalaninya kerana masing-masing faham dengan komitmen dan sentiasa bertolak ansur,” katanya.
Disoal mengenai cahaya mata, Wany dan suami mengakui dia dan suami tidak membuat perancangan dan menerima dengan syukur sekiranya diberikan rezeki anak.
Wany Hasrita sah menjadi milik lelaki pilihannya, Mohd Al-Adib pada 22 Julai lalu selepas menjalin cinta sejak 2019.
Sumber: Harian Metro
Admin post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri