“Ya, kami akan bercer4i” – Sharifah Sakinah mula buka mulut, dedah punca mereka terpaksa berpisah
“Ya, kami akan bercer4i” – Sharifah Sakinah mula buka mulut, dedah punca mereka terpaksa berpisah
“Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing. Kalau jumpa lelaki lain selepas ini, bye-bye.” Itu pengakuan yang dibuat pelakon sensasi, Sharifah Sakinah berhubung status rumah tangganya dengan suami, Michael Hensen.
Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, sejak menjalani kehidupan bsejak tiga tahun lalu dengan jejaka berasal dari Sweden itu, hubungan mereka kerap mengalami fasa pasang surut membabitkan banyak hal.
“Sebenarnya saya sudah berkahwin dengan Michael sejak penghujung 2020. Selama tiga tahun (bersama)
Terdahulu hantaran dimuat naik pelakon, Sharifah Sakinah di Instagram seakan-akan memberi bayangan rumah tangganya sudah berakhir mencetuskan tanda tanya ramai.
Dalam hantaran yang disertakan foto bersama suaminya, Michael Hensen tersebut, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, menulis kapsyen yang membayangkan mereka tidak lagi sesuai menjadi pasangan.
Beza Ideologi
“Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.
“Sebab itu, kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya dalam Instagram.
Sakinah bagaimanapun, mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.
Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut menerusi panggilan telefon, bagaimanapun tidak dibalas.
Februari lalu, Sakinah memilih Michael, 42, yang berasal dari Sweden sebagai pasangan hidup selepas mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.
Sebelum ini, pelakon kontroversi itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, tetapi bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 5.
Michael pula mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
kredit:kosmo