Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Satu 'Malaysia' kena prank, Polis buka kertas siasatan


𝗔𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 '𝗽𝗿𝗮𝗻𝗸' 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝘁 𝗱𝗶 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹, 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻

"Hasil siasatan Polis terhadap pemilik akaun media sosial itu, tujuan video itu dimuat naik adalah untuk 'cotent' di media sosial. lanya hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah 'viewer' yang tinggi." - youtuber

Penampang: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Penampang membuka kertas siasatan berhubung isu dua video 'pembuli jalanan' yang berlaku di Jalan Putatan, di sini.

Dua video yang berdurasi 3 minit 35 saat dan 4 minit 3 saat itu dipercayai dimuat naik oleh pasangan youtuber di sosial media pada 24 Oktober lalu.

Dalam rakaman kedua-dua video itu memaparkan perilaku pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi
sedang membuli pemandu kereta jenis Proton Pesona dengan cara kekerasan.

Malah, dalam rakaman itu juga memaparkan pemandu Perodua Myvi menggunakan senjata dipercayai besi memukul Proton Pesona hingga bahagian depan rosak.



Pemandu Proton Pesona yang juga seorang youtuber cuba keluar dari kenderaan namun dihalang oleh isterinya yang juga seorang youtuber.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris lIbrahim berkata, terkesan dengan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang menjalankan siasatan dan memanggil pemilik akaun media sosial terbabit ke balai polis untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Katanya, hasil siasatan Polis terhadap pemilik akaun media sosial itu, tujuan video itu dimuat naik adalah untuk 'cotent' di media sosial.


"lanya hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah 'viewer' yang tinggi.

"Satu kertas siasatan polis telah dibuka mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia" katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Haris mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dalam memuatnaik kandungan dan berkongsi di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.