Bapa GagaI Tahan Air Mata, Cerita Petanda 3 Beranak Akan Pergi Buat Selamanya Jadi Kenyataan
Bapa GagaI Tahan Air Mata, Cerita Petanda 3 Beranak Akan Pergi Buat Selamanya Jadi Kenyataan
KemaIangan ngeri yang menyebabkan tiga beranak meninggaI dunia di tempat kejadian di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Remp0h lori baiki jalan.
Mngsa, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq yang baru berusia setahun terk0rban ditempat kejadian selepas kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki mereka meremp0h lori 2 tan yang sedang membaiki jalan.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan bercuti bersama keluarga termasuk ibu bapa serta adik beradik yang lain.
Bapa mimpi anak perempuan, menantu & cucu berbaju putih.
Menerusi laporan dari Bernama, bapa kepada Zubaidah memaklumkan sebelum ini ada bermimpi anak, menantu dan cucunya hadir memakai baju hitam putih kira-kira dua minggu sebelum kejadian tersebut.
Sejak hari itu, dia kerap merasa tidak sedap hati namun tidak menceritakan kepada sesiapa sebelum mengetahui tentang pemergian mereka di Hospital Alor Gajah setelah dihubungi satu nombor tidak dikenali memaklumkan mereka kemaIangan.
“Bila sampai sini (unit f0rensik) barulah saya tahu ketiga-tiga mereka dah tiada, terus saya jadi Iemah,” katanya mengenai kejadian yang menimpa anak kesembilan dari 10 adik beradik.
Konvoi ramai-ramai
Difahamkan, mereka sekeluarga membuat perancangan ingin bercuti di Port Dickson malam tadi bersama adik-beradik yang lain. Mereka juga bergerak secara konvoi dari Johor Bahru dan beberapa lagi dari Muar.
“Dua dari Muar dan dua lagi dari Johor Bahru. Saya gerak dari Muar sebab tinggal di situ dan arwah bergerak dengan kakaknya sebab tinggal di sana, tapi bila dah jam 1.30 petang pun tak sampai-sampai, kami mula tertanya-tanya. “
Kami cuba telefon Zubaidah tapi tak terjawab, begitu juga dengan suaminya. Tak lama lepas tu, anak saya tunjuk satu pesanan WhatsApp dan beritahu Syafiq kemaIangan,” katanya.
Kakak perasan wajah adik lain.
Sementara itu salah seorang kakak Zubaidah berkata kali terakhir beliau bertemu dengan adiknya itu adalah di Plaza Tol Skudai dalam perjalanan ke Port Dickson, dan menurutnya beliau turut melihat ada sedikit ‘kelainan’ pada wajah arwah.
“Memang tidak sedap hati dan sejak arwah ajak pergi ke Port Dickson semalam, saya termenung. Teringatkan alamat sebelum ini, (mimpi bapa) yang melihat mereka dalam pakaian hitam putih,” katanya yang dilihat gagaI menahan air mata.
Beliau ditemui pemberita di perkarangan unit f0rensik Hospital Alor Gajah dengan ditemani beberapa ahli keluarga yang lain.
Salam takziah buat keluarga moga tabah hadapi dugaan kehilangan tiga insan tersayang sekaligus. Alfatihah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber dipetik dari DB, Bernama via MyTvViral