Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Sempena Ulang Tahun Ke-16 Perkahwinan, Datuk Siti Nurhaliza Buat Kejutan Istimewa Untuk Suami

Sempena Ulang Tahun Ke-16 Perkahwinan, Datuk Siti Nurhaliza Buat Kejutan Istimewa Untuk Suami

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-16 secara sederhana.

Siti, 43, memuat naik video beberapa jenis masakan air tangannya untuk dihidangkan kepada suami ikan asam goreng, ketam goreng, assam pedas dan sambal udang petai.

“Ikan asam goreng, ketam, asam pedas ikan jenahak, sambal udang petai… masakan untuk ulang tahun perkahwinan, Alhamdulillah,” katanya menerusi perkongsian di Instagram Story.

Sementara itu, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut di laman sosialnya.

Perkongsian penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.

“Semoga berbahagia di sisi suami.

“Selamat ulang tahun kepada kalian berdua. Semoga berbahagia hingga je syurga.

“Selamat ulang tahun perkahwinan Datuk Siti dan Datuk K. Semoga Allah mengurniakan kebahagian kepada kalian berdua selamanya,” antara komen dan doa peminat di Instagram.

Pasangan itu berkahwin pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Mereka kemudian dikurniakan dua cahaya mata Siti Aafiyah, 4. dan Muhammad Afwa, 2.

[VIDEO] “Nasib tak keluar silat pulut saya tau!” – Siti Nurhaliza nyaris terl4nggar dulang bekas hidangan, netizen puji sikap profesional

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan situasi cem4s apabila dirinya hampir bertembung dengan seorang pramusaji yang membawa dulang bekas hidangan.

Siti Nurhaliza atau Siti Nurhaliza Tarudin, 43, memberitahu kejadian tersebut berlaku sebelum membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota pada malam Sabtu.

“Kejadian sebelum masuk dewan. Terperanjat adik. Saya pun rasa adik pramusaji itu terperanjat tengok saya.

“Tetapi Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Pinggan tidak pecah dan saya buat persembahan seperti biasa.

“Nasib baik saya tidak melatah kalau tidak sudah keluar silat pulut saya tau,” katanya.

Meskipun berdepan dengan keadaan yang tidak didvga, Siti dipuji kerana kekal dengan sikap profesional dan tetap meneruskan nyanyian seperti biasa meskipun hampir berl4nggar dengan dulang berkenaan.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian daripada warganet termasuk golongan selebriti.

“Nasib baik Datuk. Apa pun hormat Datuk tidak mar4h pekerja itu. Siap senyum lagi. Dia terkejvt tengok Datuk Siti depan dia. Kalau saya pun terkejvt.

“Dia terkejvt dan terpegun nampak Datuk Siti. Depan mata saya pun begitu kalau jumpa Datuk Siti. Teringin nak tengok depan,” tulis netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar via Newstoday80