“InshaAllah Jadi… Kan Awak?” – Kongsi Foto Berdua, Kapsyen Shuib Dan Zara Zya Timbul Tanda Tanya

“InshaAllah Jadi… Kan Awak?” – Kongsi Foto Berdua, Kapsyen Shuib Dan Zara Zya Timbul Tanda Tanya
Sebelum ini, nama pelawak terkenal iaitu Shuib telah dikaitkan dengan pelakon cantik, Wan Sharmila. Malah, ramai dalam kalangan peminat bersetuju dan mendoakan agar Shuib dan Wan disatukan sebagai suami isteri.
Namun perkongsian terbaru Shuib di Instagram sebentar tadi telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib memuat naik satu video dirinya bersama pelakon, Zara Zya. Dalam video tersebut, kelihatan Shuib dan Zara berada di sebuah restoran sambil tersenyum manis.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah latar belakang lagu video berkenaan yang berjudul ‘Buat Aku Tersenyum’ oleh Sheila On7 dan kapsyen ringkas yang ditulis pelawak berusia 37 tahun itu.

Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak. Ianya ditengah-tengah. Haa macam mana tu, boleh tolong explain tak awak, Zara Zya.
Menerusi hantaran instagram Zara Zya pula, pelakon tersebut memuat naik video dirinya ketika bersama Shuib di restoran yang sama.
“InshaAllah jadi… kan awak? @shuibsepahtu,” tulis Zara Zya di ruangan kapsyen.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci maksud kapsyen tersebut namun ramai netizen beranggapan bahawa pasangan ini sedang dilamun cinta. Malah tidak kurang juga, ada di antara mereka menitipkan doa agar Shuib dan Zara Zya berjodoh.
Komen netizen:

Sumber: ohbulan.com